TEACHER WONG SM
Wednesday, 3 October 2012
Sunday, 23 September 2012
POWER POINT TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PMR 2012
Power Point Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 https://plus.google.com/u/0/116060653229127996596/posts/6ATgf247uVm
POWER POINT TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK PMR 2012
Power Point Teknik Menjawab Matematik PMR 2012
https://docs.google.com/presentation/d/16Pp7_rGRHXGxOfwNhz8wImHRRUi4BdMX9
https://docs.google.com/presentation/d/16Pp7_rGRHXGxOfwNhz8wImHRRUi4BdMX9
Semakan Calon Layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan(HPL) dan CBBP TB
Semakan calon layak temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat
Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh mula disemak di http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga/ Good luck kepada kawan-kawan saya yang memohon.
Tuesday, 26 June 2012
Kajian Tindakan Ops Operasi Integer
PENGHARGAAN
Pengkaji berasa bersyukur kerana dapat
menghasilkan kajian tindakan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah banyak
menghulurkan bantuan kepada kami, terutama Pn. Hajah Amiah binti Hassan selaku
pengetua SMK Lembah Subang dan En. Loh Chow Thin selaku penolong kanan SMK
Lembah Subang yang telah memberi peluang kepada pengkaji untuk mengadakan
kajian tindakan JPN Selangor. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Pn. Nik Hasniah binti Abdullah selaku Guru Kanan Sains
dan Matematik yang telah memberi bimbingan dan bantuan kepada pengkaji untuk
melaksanakan kajian tindakan ini. Di
samping itu, pengkaji ingin menjulang sepenuh penghargaan kepada
semua panitia Matematik yang telah membantu saya
melaksanakan aktiviti kajian tindakan di kelas 2 Pisces. Akhir sekali saya juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan sekerja yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang projek kajian tindakan ini.
ABSTRAK
Penambahan dan penolakan integer positif dan negatif
merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 1.
Asas penambahan dan
penolakan integer positif dan negatif adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai
oleh pelajar dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan-soalan yang berkaitan
dengan algebra, persamaan linear, nombor indeks dan sebagainya akan
timbul. Namun begitu, penguasaan pelajar tingkatan dua Pisces dalam menjawab
soalan yang berkaitan dengan operasi tambah dan tolak integer masih lemah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temu bual dan
soal selidik pelajar kelas 2 Pisces. Melalui
soal selidik, didapati 100% pelajar menyukai
aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran. Di samping itu, analisis ujian pra telah dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumat tahap penguasaan penambahan
dan penolakan integer positif dan negatif pelajar. Hasil ujian pra menunjukkan bilangan pelajar
kelas 2 Pisces yang tidak menguasai operasi penambahan dan penolakan integer
positif dan negatif melebihi separuh daripada jumlah pelajar dalam kelas
tersebut. Sehubungan dengan itu, satu
kajian tindakan dilaksanakan bagi pelajar tingkatan 2 Pisces. Seramai 20 orang pelajar dan 6 orang guru
terlibat dalam kajian tindakan ini.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar untuk menambah
dan menolak interger positif dan negatif melalui tiga permainan
iaitu Permainan Dam Ular, Kad Integer dan Uncang. Di
samping itu, diharapkan para pelajar mendapat keseronokan
dan menikmati keunikan Matematik melalui
permainan. Pelajar mula bermain permainan pertama iaitu dam ular selama dua
minggu. Permainan ini bertujuan
mengukuhkan kemahiran penambahan 2 integer iaitu integer positif dan
negatif. Selepas itu, pelajar didedahkan
dengan Permainan Kad Integer. Permainan
Kad Integer memerlukan kemahiran tambah dan tolak 2 atau lebih integer positif
dan negatif. Akhir sekali, pelajar
didedahkan Permainan Uncang. Permainan
ini menguji kemahiran menambah dan menolak dua atau lebih integer dalam tempoh
yang ditetapkan. Semua aktiviti ini
dijalankan pada waktu Matematik selama
5 minggu iaitu 40 minit setiap minggu.
Semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Keputusan
ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar berbanding dengan
keputusan ujian pra. Seramai
4 orang (20%) yang memperoleh markah 91 hingga 100 dalam ujian pos. Tiada pelajar yang langsung tidak dapat
menjawab soalan integer selepas kajian tindakan ini.
1.0 REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Berdasarkan pemerhatian pengkaji pada awal
tahun, pelajar dalam Tingkatan 2 Pisces agak lemah dalam mata pelajaran Matematik. Pengkaji mendapati masih ramai pelajar dalam
kelas tersebut kurang mahir menambah dan menolak integer positif dan negatif
dengan tepat. Pelajar mengambil masa yang lama untuk
memberi jawapan. Terdapat juga pelajar
yang hanya meneka dan langsung tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Jadual 1 di bawah menunjukkan bilangan dan
peratus pelajar yang menjawab betul hasil tambah dan tolak integer.
Di samping itu, melalui temu bual dan soal
selidik, didapati kebanyakan pelajar menganggap Matematik merupakan mata
pelajaran yang kurang menarik dan membosankan.
Oleh sebab kurang minat dalam mempelajari mata pelajaran Matematik,
mereka tidak kisah sama ada mereka dapat menguasai kemahiran tambah dan tolak
integer positif dan negatif.
Menurut Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik,
ahli psikologi dan pendidikan, pelajar harus didedahkan pelbagai keadaan supaya
dapat memaksimakan konsep Matematik.
Oleh itu, pengkaji berpendapat
pelajar memerlukan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menguasai
konsep-konsep Matematik dan seterusnya dapat membuka minda mereka
tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.
Menurut Charles F.
Kettering “ Keep on going and the chances are that you will stumble on
something, perhaps when you when you are least expecting it. I have never heard of anyone stumbling on
something sitting down. Lantaran itu, pengkaji berasa harus bertindak untuk mengubah keadaan
pelajar yang lemah dalam matematik. Pengkaji
berpendapat pelajar memerlukan satu
kaedah baharu yang membolehkan pelajar menguasai operasi tambah dan tolak
integer dengan baik tanpa unsur paksaan.
Jadual Bilangan dan Peratus Pelajar Yang Menjawab Betul Hasil Tambah dan Tolak
Integer.
Kebolehan
|
Bilangan
Pelajar
|
Peratus
(%)
|
Menambah dua integer posifif
|
19
|
95
|
Menambah integer positif dan
negatif
|
5
|
25
|
Menambah dua integer negatif
|
4
|
20
|
Menolak dua integer negatif
|
3
|
15
|
Jadual 1
2.0 FOKUS KAJIAN
Kumpulan
sasaran pengkaji merupakan pelajar yang lemah dan kurang berminat dalam mata
pelajaran Matematik, Mereka lambat
memberi respon atau tidak menjawab soalan berkaitan hasil tambah dan tolak integer yang diajukan kepada mereka. Kajian
yang dijalankan ini berfokus kepada peningkatan kemahiran pelajar di dalam menjalankan operasi tambah dan tolak
nombor integer di kalangan pelajar 2 Pieces.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian
ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif Am
Membantu meningkatkan kemahiran menambah dan menolak
nombor integer dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 Pisces dengan
tepat tanpa unsur paksaan.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Pelajar dapat
menjawab soalan penambahan dan penolakkan nombor integer dengan tepat
3.2.2 Pelajar dapat menjawab
soalan operasi integer dalam tempoh masa 5 saat
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya ialah pelajar Tingkatan 2 Pisces di SMK Lembah Subang yang
terdiri daripada 20 orang pelajar.
Pelajar-pelajar ini adalah dalam kalangan pelajar yang lemah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Jawatankuasa Pelaksana
Jadual 2 di bawah menunjukkan
jawatankuasa pelaksanaan kajian.
Bil.
|
Nama Ahli
|
Jawatan
|
Tugas
|
1
|
WONG SUING MING
|
Pengerusi
|
-Penyediaan bahan Permainan
-Permainan Kad Integer
-Laporan Kajian Tindakan
|
2
|
NIK HASNIAH BINTI ABDULLAH
|
Ahli
|
-Analisis borang soal selidik
-Semakan laporan Kajian Tindakan
|
3
|
SARINA BINTI RAMLY
|
Ahli
|
- Kertas Cadangan Kajian tindakan
-Permainan Dam Ular
|
4
|
FATIMAH BT MUSTAFA
|
Ahli
|
-Ujian Pra dan Ujian Pos
|
5
|
ANNIE SUNDARI A/P D WILLIAM YESUDIAN
|
Ahli
|
-Permainan Uncang
|
6
|
TANG POI LING
|
Ahli
|
-Penyediaan borang soal selidik
|
Jadual 2
5.2 Jadual
Pelaksanaan Kajian
Jadual 3
di bawah menunjukkan tarikh pelaksanaan kajian.
Bil.
|
Aktiviti
|
Tarikh Pelaksanaan
|
Catatan
|
1
|
Mengenalpasti masalah dan
pengumpulan data awal
|
10 Februari 2011
|
|
2
|
Menulis Proposal kajian
|
17 Febuari 2011
|
|
3
|
Merancang Pelan Tindakan
|
18 Februari 2011
|
|
4
|
Soal Selidik dan Ujian Pra
|
13 April 2011
|
|
4
|
Melaksanakan Pelan Tindakan
|
April-Mei 2011
|
Sebanyak 5 kali
1 waktu (40 minit)
|
5
|
Ujian Pos
|
14 Jun 2011
|
|
6
|
Refleksi kajian
|
20 Jun 2011
|
|
7
|
Menulis laporan kajian
|
Julai 2011
|
|
8
|
Penghantaran dapatan kajian
|
Ogos 2011
|
Jadual 3
5.3 TINJAUAN MASALAH
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian
ini, tinjauan terhadap masalah-masalah yang dikenal pasti dilaksanakan. Tinjauan dilakukan dengan
mengutip data berteraskan
pendekatan di bawah.
5.3.1
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian
digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Di samping itu , pemerhatian juga dibuat melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan latihan
bertulis.
5.3.2 Temu bual
Temu bual ini dilakukan
secara tidak formal. Kaedah ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar Tingkatan
2 Pisces.
5.3.3 Soal Selidik
Borang soal selidik
disediakan sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan. Borang tersebut
diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui pesepsi
pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, pengajaran guru serta pandangan
pelajar terhadap guru tentang penggunaan bahan sumber dalam pengajaran dan
pembelajaran nombor integer.
5.3.4
Ujian Pra
Ujian pra dijalankan bagi
menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid
terhadap operasi tambah dan
tolak integer. Ujian pra dijalankan sebelum aktiviti-aktiviti permainan
dilaksanakan.
5.4 Analisis Tinjauan Masalah
5.4.1 Pemerhatian
Hasil
pemerhatian yang dibuat didapati lebih separuh daripada pelajar kelas 2 Pisces
kurang mahir menambah dan menolak integer
positif dan negatif dengan tepat. Pelajar-pelajar
kelas tersebut lambat memberi respon atau memberi jawapan yang salah apabila soalan –soalan
integer diajukan kepada mereka
5.4.2 Temu bual
Pengkaji menemu
bual secara rambang terhadap pelajar-pelajar kelas 2 Pisces, didapati
kebanyakan pelajar tidak minat mempelajari subjek Matematik. Mereka menganggap bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang
membosankan.
5.4.3 Soal Selidik
Sebelum aktiviti permainan diperkenalkan
kepada pelajar, satu soal selidik telah dijalankan oleh pengkaji terhadap
pelajar 2 Pisces. Jadual 4 berikut
menunjukkan pesepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, pengajaran guru
serta pandangan pelajar terhadap guru tentang penggunaan bahan sumber dalam
pengajaran dan pembelajaran nombor integer.
Item Soal Selidik
|
Bilangan Peratus %
|
||
Ya
|
Tidak
|
||
SEBELUM AKTIVITI
Persepsi Pelajar
|
1. Adakah mata pelajaran Matematik sukar untuk
anda kuasai?
|
50
|
50
|
2. Adakah konsep-konsep dalam mata pelajaran Matematik
yang anda pelajari sukar difahami?
|
65
|
35
|
|
3. Adakah anda berminat terhadap mata pelajaran
Matematik?
|
55
|
45
|
|
4. Adakah minat anda disebabkan oleh:
|
|||
(i) isi kandungan mata pelajaran?
|
60
|
40
|
|
(ii) cara penyampaian guru?
|
90
|
10
|
|
(iii) bahan bantu mengajar?
|
55
|
45
|
|
(iv) kaedah atau teknik yang diguna oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran?
|
85
|
15
|
|
(v) bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran?
|
80
|
20
|
|
Pengajaran Guru
|
5. Adakah guru anda menggunakan contoh-contoh
aktiviti kehidupan harian dalam pengajaran?
|
15
|
85
|
6. Manakah aktiviti-aktiviti
berikut yang anda minat dalam pengajaran guru?
|
|||
(i) aktiviti permainan?
|
100
|
0
|
|
(ii) perbincangan?
|
90
|
10
|
|
(iii) lakonan / main peranan?
|
65
|
35
|
|
(iv) penerangan isi kandungan dengan menggunakan
CD-ROM?
|
45
|
55
|
|
7. Adakah guru anda memberi
latihan selepas pengajaran?
|
100
|
0
|
|
8. Adakah latihan yang
diberi untuk kerja rumah terlampau banyak?
|
50
|
50
|
|
Jadual 4
Seramai 10 (50%) pelajar daripada
20 pelajar menganggap Matematik sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Seramai 13(65%) daripada mereka sukar untuk
memahami konsep-konsep dalam mata pelajaran Matematik. Hanya 11(55%) sahaja berminat dengan mata
pelajaran ini. 12 orang (60%) daripada mereka meminati isi kandungannya,
18 orang(90%) meminati cara penyampaian guru.
Bahan bantu mengajar yang diguna
berjaya menarik minat 11(55%) orang pelajar untuk menyukai matematik. 17(85%) pelajar pula minat matematik kerana
teknik yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. 16 pelajar (80%) menyukai bahasa yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hanya 3 (15%) pelajar sahaja berpendapat guru-guru menggunakan contoh
aktiviti seharian dalam pengajaran. 20
(100%) pelajar menyukai aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran. Aktiviti perbincangan berjaya menarik minat
18(90%) pelajar. 13 (65%) menyukai ‘main
peranan’. 9(45%) pelajar menyukai
penggunaan CD Rom oleh guru dalam penerangan.
Semua pelajar(100%) bersetuju yang guru ada memberi latihan selepas
kelas. 50% pelajar pula berpendapat
jumlah latihan adalah terlalu banyak.
5.4.3 Ujian Pra
Hasil dapatan ujian pra yang diperolehi adalah
seperti dalam jadual 4 di bawah:
Jadual Hasil
Dapatan Ujian Pra
Markah (%)
|
Bilangan
|
Peratus
|
0 – 10
|
2
|
10
|
11 – 20
|
3
|
15
|
21 – 30
|
2
|
10
|
31 – 40
|
5
|
25
|
41 – 50
|
2
|
10
|
51 – 60
|
1
|
5
|
61 – 70
|
2
|
10
|
71 – 80
|
1
|
5
|
81 – 90
|
1
|
5
|
91 -
100
|
1
|
5
|
Jumlah Pelajar
|
20
|
|
Jadual 5
Data dalam Jadual 5 menunjukkan markah yang diperolehi
oleh pelajar dalam Ujian Pra bagi penambahan
dan penolakan integer. Jumlah soalan
yang diuji ialah 20 soalan (Rujuk Lampiran 1).
Daripada jadual di atas, didapati 12 orang (55%) tidak dapat menjawab
betul lebih daripada 10 soalan yang dikemukakan. Seramai 2 orang (9%) pelajar langsung tidak menguasai penambahan dan penolakan
integer. Ini menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam kemahiran penambahan
dan penolakan integer.
5.5
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.5.1 Sebanyak 3 aktiviti telah dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar
dalam kemahiran penambahan dan penolakan integer:
Aktiviti
1: Permainan Dam Ular
Aktiviti
2: Permainan Kad Integer
Aktiviti
3: Permainan Uncang
5.5.2 Bahan-bahan yang digunakan
Aktiviti 1: Permainan Dam Ular (Rujuk Lampiran)
- Papan permainan ular, dua biji dadu yang berlainan saiz
Aktiviti 2: Permainan Kad Integer (Rujuk Lampiran)
-Kad
Integer yang mempunyai nombor positif dan negatif.
Aktiviti 3: Permainan Uncang (Rujuk Lampiran)
- Plastik bag kecil yang ditulis dengan nombor
- Kertas
5.6 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
/PENILAIAN
5.6.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 (Permainan Dam Ular)
Aktiviti Permaian Dam Ular dilaksanakan di dalam kelas pada waktu
Matematik. Aktiviti ini dijalankan
selama 40 minit (1 waktu) setiap minggu
selama 2 minggu pada bulan April 2011.
Aktiviti tersebut merupakan aktiviti
berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain
dalam satu masa. Permainan ini
dilaksanakan mengikut konsep permainan ular.
Dua dadu diperlukan untuk setiap Permainan Dam Ular ini.
5.6.1.1 Langkah-langkah
Pelaksanaan Aktiviti
i.
Pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan .
ii. Guru memberi
penerangan peraturan permainan kepada pelajar.
iii. Pelajar diminta
melambung dua dadu yang berlainan saiz.
Dadu bersaiz besar mewakili nombor positif dan dadu bersaiz kecil
mewakili nombor negatif.
iv. Sekiranya hasil
tambah dua dadu ialah positif, pelajar boleh menggerakan damnya ke depan
v. Sebaliknya,
sekiranya hasil tambah dua dadu ialah nombor negatif, pelajar diminta mengundurkan
damnya ke belakang.
vi. Pelajar yang
sampai ke petak yang ke-100 merupakan pemenang.
5.6.1.2 Pemerhatian
Aktiviti 1
Para
pelajar berminat permainan Dam Ular.
Pelajar-pelar melibatkan secara aktif dalam permainan ini. Pelajar yang lebih mahir dalam penambahan
integer akan menolong pelajar yang kurang mahir.
5.6.1.3 Refleksi
Aktiviti 1
Permainan
Dam Ular dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap penambahan dua
nombor integer secara tidak langsung.
5.6.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 (Permainan Kad
Integer)
Aktiviti Permaian Kad Integer dilaksanakan di
dalam kelas pada waktu Matematik.
Aktiviti tersebut merupakan aktiviti berkumpulan.
Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit (1 waktu) setiap minggu selama 2
minggu pada bulan Mei 2011.
5.6.2.1
Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti
i.
Pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan .
ii. Guru memberi
penerangan peraturan permainan kepada pelajar.
iii. Setiap pelajar
diberi 5 keping kad Integer.
iv. Salah seorang
pelajar daripada setiap kumpulan akan membuka satu keping kad jawapan.
v. Pelajar-pelajar
cuba menambah atau menolak integer yang ada pada mereka untuk mendapat nilai
yang sama dengan kad jawapan.
vi. Pelajar yang
berjaya mendapat nilai yang sama dengan kad jawapan boleh mengurangkan kad
mereka.
vii. Pelajar yang
tidak mendapat nilai yang sama dengan kad jawapan diminta mengambil satu keping
kad tambahan lagi.
viii. Langkah iv-vii
diulangi.
ix. Pelajar yang
berjaya menghabiskan kad di tangan mereka merupakan pemenang.
5.6.2.2 Pemerhatian
Aktiviti 2
Pelajar
melibatkan diri secara aktif. Ramai
pelajar menghadapi kesukaran apabila menambah dan menolak nilai integer yang
melebihi 2 kepaing kad.
5.6.2.3 Refleksi
Aktiviti 2
Permainan Kad
integer dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap penambahan dan
penolakan dua atau lebih nombor integer secara tidak langsung.
5.6.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 (Permainan Uncang)
Aktiviti Permaian Uncang dilaksanakan di
dalam kelas pada waktu Matematik.
Aktiviti tersebut merupakan aktiviti Individu.
Aktiviti ini dijalankan selama 40 minit (1 waktu) .
5.6.3.1
Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti
i.
Guru memberi penerangan peraturan permainan kepada
pelajar.
ii. Pelajar diberi
plastik bag yang mempunyai integer.
iii. Pelajar menulis operasi
tambah dan tolak integer yang boleh menghasilkan jawapan yang sama dengan
integer yang terdapat pada plastik bag dalam masa 10 minit.
iv. Guru akan semak
jawapan yang diberi oleh pelajar.
Jawapan yang betul mendapat 2 markah, manakala jawapan yang salah akan
ditolak 1 markah.
v. Pelajar yang mendapat
markah tertinggi merupakan pemenang.
5.6.3.2
Pemerhatian Aktiviti 3
Para
pelajar berminat untuk mengikut permainan ini.
Mereka tidak sabar untuk mendengar arahan daripada guru apabila
mendengar guru mengatakan ”kita akan bermain satu permainan.” Para pelajar melibatkan diri dengan aktif dan
mereka berasa agak seronok untuk bermain. Berikut merupakan markah yang diperoleh oleh
pelajar-pelajar.
Markah (%)
|
Bilangan
|
Peratus
|
0 – 3
|
4
|
27.27
|
4 – 7
|
5
|
22.73
|
8 – 12
|
3
|
13.64
|
13 – 16
|
3
|
13.64
|
17 – 20
|
3
|
13.64
|
21 – 24
|
2
|
9.09
|
Jumlah Pelajar
|
20
|
|
Jadual 6
5.6.1.3 Refleksi
Aktiviti 3
Daripada jadual 5
di atas, didapati kebanyakkan pelajar menunjukkan peningkatan kemahiran
penambahan dan penolakan integer. Walau
bagaimanapun masih terdapat pelajar yang kurang mahir dalam penambahan dan
penolakan integer iaitu sebanyak 27.27%.
6.0 REFLEKSI KAJIAN
6.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Berdasarkan
maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini
telah memberikan impak yang baik dalam membantu pelajar-pelajar menguasai penambahan
dan penolakan integer. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini
telah menunjukkan peningkatan pelajar-pelajar dalam ujian pos.
Jadual Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah (%)
|
Ujian Pra
|
Ujian Pos
|
||
Bilangan Pelajar
|
Peratus
|
Bilangan pelajar
|
Peratus
|
|
0 – 10
|
2
|
10
|
0
|
0
|
11 – 20
|
3
|
15
|
1
|
5
|
21 – 30
|
2
|
10
|
3
|
15
|
31 – 40
|
5
|
25
|
3
|
15
|
41 – 50
|
2
|
10
|
2
|
10
|
51 – 60
|
1
|
5
|
1
|
5
|
61 – 70
|
2
|
10
|
0
|
0
|
71 – 80
|
1
|
5
|
4
|
20
|
81 – 90
|
1
|
5
|
2
|
10
|
91 -
100
|
1
|
5
|
4
|
20
|
Jadual 7
Graf Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
|
|
Graf 1
Data dalam Jadual 7 dan Graf 1
menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar antara Ujian Pra dan Ujian
Pos. Jadual di atas menunjukkan peningkatan kualiti dalam Ujian Pos. Seramai 4 orang (20%) yang memperoleh markah
91 hingga 100. Kebanyakan pelajar boleh
menjawab lebih banyak soalan betul selepas kajian tindakan. Tiada pelajar yang yang langsung tidak boleh
menjawab soalan integer.
Ini menunjukkan aktiviti Permainan Dam
Ular, Kad Integer dan Permainan Uncang dapat membantu pelajar menguasai
penambahan dan penolakan integer. Namun demikian, masih terdapat pelajar yang kurang mahir dalam penambahan
dan penolakkan integer. Hal ini berlaku
kerana sebahagian pelajar tidak mengikuti aktiviti ini dengan sepenuhnya iaitu sebanyak 5 kali sebab masalah ponteng
sekolah.
6.2 Hasil Soal Selidik
Item Soal Selidik
|
Bilangan Peratus %
|
||
Ya
|
Tidak
|
||
SELEPAS AKTIVITI
Penggunaan Bahan Sumber dalam Pengajaran
|
Adakah
aktiviti-aktiviti berikut dalam pengajaran dapat mengukuhkan kemahiran anda
yang melibatkan operasi bergabung nombor integer?
|
||
(i) Permainan kad
|
80
|
20
|
|
(ii) Permainan dam ular
|
85
|
15
|
|
(iii) Permainan Uncang
|
75
|
25
|
|
Soal selidik
juga dijalankan selepas 3 aktiviti permainan dijalankan dalam kelas 2
Pisces. Daripada soal selidik, didapati
pelajar paling suka Permainan Dam Ular dalam pembelajaran operasi tambah dan
tolak iaitu seramai 17(85%). 16(80%)
pelajar berpendapat aktiviti
Permainan Kad Integer dapat mengukuhkan
kemahiran mereka dalam operasi penolakan dan penambahan nombor integer. Manakala 15(75%) pelajar berpendapat Permainan Uncang dapat meningkatkan kemahiran
mereka dalam penambahan dan penolakan nombor integer.
6.3 Refleksi Keseluruhan
Saya berasa bersyukur kerana kajian tindakan yang
dijalankan ini telah memberikan impak yang baik dalam membantu pelajar-pelajar
dalam menguasai penambahan dan penolakan nombor integer. Secara tidak langsung , aktiviti tersebut
dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Ops
Operasi Integer telah berjaya mewujudkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan
dan meningkatkan penguasaan integer
pelajar. Oleh itu, pengkaji berpendapat
bahawa Ops Operasi Integer boleh diperluaskan lagi
penggunaannya kepada pendaraban dan pembahagian nombor integer.
Kajian tersebut
dicadang dijalankan pada 3 bulan pertama pada awal tahun. Kajian ini diadakan seminggu sekali (40 minit
setiap kali) pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan semua pelajar terlibat
mencapai aras yang paling tinggi
pengkaji mencadangkan aktiviti permainan ini diadakan sekurang-kurangnya 12
kali.
BIBLIOGRAFI
- Sidang Pengarang(2005). Fungsi Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. , Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
- Mok Soon Sang (2003). Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.
- Jabatan Pelajaran Selangor (2006). Koleki Kajian Tindakan Dan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Menengah Negeri Selangor, PKPSM Negeri Selangor Darul Ehsan.
- Ee Ah Meng(1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)